jangan ucap selamat tinggal

Friday, November 12, 2010

bahagianya rasanya hatiku,
bila diriku bersamamu,
terasa indah kenangan ku bersamamu,
bagai dunia ini milik aku bersama cintaku padamu.

kelukaan terlakar akhirnya dihati ini,
bila engkau tiada lagi,
bukan pergi bersahaja pergi,
tetapi engkau menyingkirkan aku dari hati
dan menyerahkan cinta kepadanya... lukalah sekeping hati

andai bahagia hanya seketika,
aku redha dan terima,
tetapi mengapa tanpa putus dan sebarang kata
tiba-tiba engkau bersamanya.......

walau air mata tidak menitis,
tidak bermakna aku cool tidak sedih,
adakah engkau nampak hatiku merintis?
fikirlah sayang jika hatimu seperti hati ku yang terguris,
adakah dikau cool tidak menagis dan jiwamu merintis?

aku hanya insan biasa,
tiada apa-apa yang dapat ku bangga,
tiada berharta duit berjuta juta,
xpelah mungkin begini lah nasib seorang orang biasa dalam cinta.

engkau ibarat disimpang delima,
keliru untuk memilih cinta atau harta,
keputusannya aku yang hampa,
kerana engkau tegar memilihnya,
sebab terpikat dengan paras rupa yang bergaya,
hingga menolak kesucian cinta yang telah ku berikan kepadamu sekian lama.

Saturday, July 3, 2010

jodoh ajal ditangan ALLAH S.W.T, tp jikau kau masih ada hati lagi untuk ku, walau engkau janda sekalipun aku sanggup terima mu. bukan ku mahukan statusmu tp kumahukan cinta dan hatimu syg

bermacam dah aku buat untuk mu, aku korbankan segalanya untuk mu. jika nasi disuap dimulutku akan ku ingat padamu, dan bertanya adakah dikau makan ke belum? walau di utara sekalipun aku berada aku rela pecut kereta untuk melawat mu di UMT, aku rela tido tepi jln kerana kete rosak lepas jumpa mu. adakah kau ingat?

memang jika di bandingkan paras rupa kita memang jauh xsepadan. tp jika cinta, aku telah curah sepenuhnya kepada mu syg. kenapa harus ku dikecewakan? kenapa ruang dihatimu tidak kau buka? kenapa setelah dekat tarikh perkahwinan ku br engkau nk tunjuk syg dan sedih mu untuk ku?
sekarang aku hanya mampu menatap potret mu je syg, itu sahaja yang aku mampu lakukan. cinta mu, jasad mu, hatimu dan segalanya engkau milik org lain syg. sungguh kecewa diriku pada mu. kenapa aku kahwin awal? kerana dikau syg, kerana aku takut dikecewakan oleh harapan ku padamu syg

Monday, June 28, 2010


wahai kasih ku sayang ku, walaupun cinta ku pada mu tidak engkau sambut aku redha kerana aku tahu dan percaya bahaya cinta itu tidak leh dipaksa. walaupun begitu aku sanggup berkoban demimu syg walau maut yg mendatang akan ku pertahankan untuk, kerana aku benar2 menyintai mu syg. walaupun xberbalas aku xkisah. aku sedar siapa aku................................. huhu